Saturday, 13 May 2017

Tips kurus dan hilangkan lemak

Assalamualaikum dan salam sayang dari Mummy buat pengikut setia ryoung beauty. Semoga uols semua dalam keadaan sihat sejahtera.





Haa entry Mummy kalini nak kongsi dengan uols sedikit tips untuk buang lemak dan kuruskan badan secara tradisional. dah selalu sangatkan dengar diluar sana yang mengalami masalah lebihan lemak dibahagian tertentu seperti lengan, paha, perut, dan pinggul. punca lemak juga sebab dari pemakanan yang lebihan kalori. selain itu, makan di waktu tengah malam juga menyebabkan kandungan lemak dalam tubuh badan.



Tips yang pertama mengunakan air asam jawa sebagai minuman harian kita. Ini kerana air asam jawa menjadi alternatif untuk mengurangkan lemak dalam badan kita. dengan caranya :- ambil sebuku asam jawa bersama air sebanyak satu gelas, kemudian ramas bersama air tersebut. simpan air asam jawa tadi ke dalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengah hari atau sebelum tidur, amalkan setiap hari. pasti tubuh badan ada lebih segar dan sihat.






Tips yang kedua pulak. cara paling mudah dan menggunakan bahan yang paling murahhh, gituuuuuu! hanya dengan menggunakan timun, lobak merah, dan limau nipis. semua pasti tahu kebaikkan yang ada pada setiap bahan ini. cara yang kedua pulak menggunakan 3 bahan tadi iaitu 2 biji lobak merah di potong, 1 biji timun segar dicuci, dan 1 biji limau nipis. kemudian kisarkan semua tiga bahan tersebut dan perahkan airnya untuk di minum. Amalkan dua kali sehari pagi dan malam. inshaAllah badan yg macam cucur kembung yang comel tu akan menjadi seperti cucur pisang yang menarik, hihi .











Sekian tips mudah dari dapur oleh Mummy, Mummy berharap uols semua boleh amalkan dirumah, dan dah tak lama nak raya kan, haa boleh laa amalkan dari sekarang nanti raya boleh nampak hasil yang menarik dan meletopsss,gituuuuu .




Terima Kasih dari Mummy kerana sudi meluangkan masa membaca entry dari Mummy, semoga kita berjumpa lagii sayang semuaaaaaa!          

No comments:

Post a Comment